Saturday, January 9, 2010

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT




Pernah tengok ceta Nur Kasih???lam ceta tue kn da part yg bbdak tnya kt Aidil yg BALASAN org yg tk solat berubah jd bentuk khinzir 0r babi???...(^_^)

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "
Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah
, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1-Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah. 2-Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3-Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.


WAHAI SAUDARA SEISLAM BERINGAT-INGATLAH....YANG HIDUP PASTI MATI,SEGALA AMALAN BAIK MAHUPUN BURUK PASTI AKN DIHITUNG KELAK DI AKHIRAT NANTI....SOLATLAH ANDA SEBELUM ANDA DI SOLATKAN.....BERUBAHLAH SEBELUM TRLAMBAT......

Sunday, January 3, 2010

40 hadith tentang peristiwa ahkir zaman

ISLAM KEMBALI DAGANG
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
H.R. Muslim

Keterangan
Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk. Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam
http://www.scribd.com/doc/8263156/40-Hadith-Tentang-Peristiwa-Akhir-Zaman

Friday, January 1, 2010

Mutiara Kata

Tiada bekal yang lebih utama
daripada taqwa.
Tiada sesuatu yang lebih baik
daripada diam.
Tiada musuh yang lebih
merbahaya daripada kebodohan.
Tiada penyakit yang lebih
parah daripada berbohong

PERINGATAN

PERHATIAN WAHAI UMAT ISLAM!! bila sampai 31 disember, berapa ramaikah yang bersedia meraikan tahun baru?? tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan olehh sheikh al azhar iaitu sheikh tantawi, sheikh yusof al qordawi dan ulama2 kontemporari bahawa menyambut tahun baru beerti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan yahudi dan kristian. bagi mereka yang tidak tahu hukumnya fasiq(dosa besar) dan bagi meraka yang dah tahu hukumnya MURTAD.. jd fikir- fikirkan...