
SINAR BARU
Jika diamati hari-hari yang berlalu aku rasakan diri ini begitu kosong dan sepi. Tiada teman yang mampu menghilangkan rasa bosan dan tiap-tiap hari siang dan malamku tak terisi dengan kata-kata yang indah. Kedua-dua orang tuaku melayani tugasan masing-masing yang tak pernah henti-henti. Kawan baikku sendiri tidak mengerti apa aku inginkan dalam hidup ini. Segalanya berubah dengan sekelip mata, setelah aku menemui si Dia yang begitu memahami. Kain yang dahulunya putih dan pudar kini bercorak dan mewarnai kehidupanku. Segala-galanya terasa indah dan seolah-olah diriku kini berada di alam lain yang tidak pernah aku lalui. Hanya dia yang mengetahui apa yang aku inginkan dalam hidup yang sementara ini. Dan disampingnya aku dapat mengapai ketenangan yang abadi untuk selamanya. Aku turut merasakan hatiku dan diriku yang dahulunya kosong telah terisi padat dan penuh bermakna.
PERTEMUAN PERTAMA
Pertama kalinya, aku bermimpi sesuatu yang indah dan tidak dapat digambarkan olehku. Aku seperti berada di suatu tempat yang begitu indah dan cantik yang tidak pernah aku rasai dan amati di dunia ini. Kawasan yang dipenuhi dengan pohon-pohon yang menghijau dan air sungainya yang mengalir tenang serta berwarna-warni cukup mendamaikanku. Lalu aku
PERSOALAN
Aku
PERSOLAN TERJAWAB
Semakin hari aku semakin dewasa, rupa parasku dan bentuk badanku telah berubah. Aku telah pun meningkat dewasa. Usiaku telah pun mencecah 19 tahun dan ketika itulah aku sudah mengerti maksud tersirat mimpi yang aku alami selama ini. Segala-galanya terungkap apabila aku berkenalan dengan seorang teman yang aku anggap sangat istimewa kerana rupa paras dan warna kulit yang agak sedikit berbeza daripada kawan-kawanku sebelum ini. Matanya yang cantik seakan-akan aku tetapi aku lebih kecil darinya.Manakala kulitnya yang sawo matang, tidak terlalu gelap dan tidak secerah dan seputih kulitku. Dan yang paling membezakan aku denganya adalah kepalanya yang sentiasa bertutup dan tiada seurat rambut pun yang boleh aku gambarkan pada waktu itu samada coklat,hitam mahupun perang. Segalanya adalah rahsia dan hanya yang berhak sahaja boleh mengetahui akan apa tersirat di sebalik jilbabnya. Pertama kali bertemunya ada rasa gembira di sudut hatiku ini. Mungkin dialah orang akan menjawab segala persoalan yang membeku dalam hatiku ini. Aku bertanyakan hal mimpiku kepadanya pada suatu hari yang sesuai kerana selama ini kami hanya berborak kosong dan sekadar berkenalan serta tidak sampai menceritakan rahsia masing-masing. Walaupun sedikit jawapan yang di berikan tetapi padat dan amat bermakna. Mimpi yang aku alami selama ini mungkin adalah tanda kekuasaan Allah yang ingin memberikan aku petunjuk ke jalan kebenaran. Kalimah yang selama ini aku dengari adalah laungan azan yang berkumandang setiap pagi yang memanggil setiap umatnya supaya sujud menyembah Tuhan yang Esa. Kawasan yang indah dan cantik yang tergambar dalam mimpiku adalah mungkin syurga kerana keindahan dan kenikmatan syurga tiada tolok bandingnya dengan kehidupan di dunia yang sementara. Manakala air sungai yang tiba-tiba berubah warna itu mengambarkan yang aku belum suci lagi untuk menggapai kelazatan syurga yang kekal abadi. Aku terus bertanya kepada sahabatku itu,bagaimana aku boleh memperolehi kenikmatan tersebut? Dia mengatakan bahawa aku perlu melepaskan agama yang aku anuti sekarang ini dan berhijrah ke agama yang diredhai oleh Allah. Aku terus terdiam dan berfikir sejenak,sangupkah aku melepaskan sahaja agama yang aku pegang selama ini? Bagaimana dengan kedua-dua orang tuaku? Aku pun terus mengucapkan terima kasih supaya aku dapat menamatkan perbualan tersebut. Sahabatku itu terus mempelawaku kerumahnya bila ada kelapangan dan setiap apa yang diperkatakan olehnya adalah bukan rekaan. Dia turut menyuruhku berfikir semula dengan apa diucapkan olehnya sebentar tadi dan sebarang kemusykilan bolehlah merujuk kepadanya atau ustaz,orang alim yang mungkin akan memudahkan lagi kefahamannya tentang perkara yang mereka bualkan sebentar tadi.
Selepas sahaja dari perbualan tersebut aku terus balik ke rumah. Setiap kali aku
BERHIJRAH
Waktu yang dinantikan telah tiba, aku telah pun bersedia untuk memeluk Islam. Kalimah shahadah diucapkan olehku di hadapan seorang imam masjid bertemankan sahabatku. Aku turut menukar namaku dari Sue Ling kepada Suraya Abdullah di pejabat agama. Aku berasa sungguh tenang sekarang dan personaliti aku berubah dengan serta merta. Zahrahlah yang banyak mengajar cara pemakaian yang berlandaskan Islam. Pada mulanya aku agak kekok untuk mengenakan pakaian tersebut kerana agak merimaskan dan susah untuk di pakai terutamanya tudung. Akhirnya sahabatku yang banyak menyuruhku supaya bersabar mungkin kali pertama aku berasa amat susah. Nanti lama kelamaan aku akan rasa biasa dan pemakaian tudung tidak menyusahkan sesiapa pun. Kalau aku mengatakan panas antara sebab aku tidak mahu memakai tudung adalah tidak boleh diterima akal kerana azab siksa diakhirat kelak lebih panas dan berbisa daripada apa yang aku rasakan di dunia sekarang.
RAHSIA TERBONGKAR
Sudah beberapa bulan aku tidak pulang ke rumah kerana semenjak aku mendalami agama yang baru aku anuti ini tiada seorang pun dalam ahli keluarga aku yang mengetahuinya. Aku telah meminta kebenaran daripada kedua ibu bapaku untuk tinggal bersama-sama kawan. Mereka bersetuju dan membenarkan aku tinggal dengan sahabat baruku itu. Mereka tidak mengetahui siapakah Zahrah ini. Jika mereka tahu aku berkawan dengan orang Islam pasti mereka tidak akan membenarkan aku tinggal bersamanya. Aku mengambil keputusan untuk terus merahsiakan hal pengislaman aku daripada mereka dan tidak akan pulang ke rumah lagi. Tetapi atas nasihat Zahrah supaya pulang ke rumah dan memberitahu perkara yang sebenar kepada mereka supaya tidak timbul masalah yang lebih besar lagi. Malangnya, ibu bapa aku mengetahui lebih awal lagi akan penukaran agama asalku kepada Islam.
PENDERITAAN
Ayahku telah meminta bantuan daripada bomoh
KEAJAIBAN
Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan yang Maha Esa, hujan turun dengan lebatnya sehingga membocorkan atap rumah bomoh tersebut. Air hujan berjaya menembusi atap rumah bomoh yang kejam itu dan telah membasahkan segala barang-barang yang digunakan untuk tujuan rawatan yang dianggap berkesan untuk mengubatiku. Aku berasa amat lega akan tetapi sakit di kerongkongku masih lagi berbisa. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kesakitan yang dialamiku sekarang. Bomoh
Aku pun di bawa pulang kerumah selepas bomoh tersebut tidak berjaya menjarakkan aku dari agama Islam. Ayahku yang turut sama melihat keajaiban dan kekuasaan Tuhan berasa sungguh takjub. Selepas daripada peristiwa tersebut ayahku turut sama memeluk Islam dan mengajak ahli keluarga lain untuk turut sama memeluk Islam. Aku bersyukur kerana ayah dan ibuku telah terbuka hati untuk memeluk Islam tanpa paksaan dari diriku mahupun orang lain. Aku amat berterima kasih kepada Allah yang memberikan hidayah dan petunjuk kepada diriku dan ahli keluargaku. Secara tidak langsung kami telah memilih agama Islam sebagai agama rasmi. Aku berasa amat bahagia dan tenang sekarang kerana si Dia yang selama ini dicari telah pun dite