Saturday, November 27, 2010

Hikmah Berdiam Diri

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di
dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan
menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara
sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Hikmah Diam
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud :
* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak
silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka
lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )
* "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".
( Riwayat AT-TARMIZI )
Madah Dari Hukama :
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Friday, November 26, 2010

Kerana Sebuku Roti

Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang
wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: "Wahai anakku, ingatlah kamu
akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti."

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun
beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun.
Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah
dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga
diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari
sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan
suami-isteri.

Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu
ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai
dengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya
sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud
untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan
yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin
dalam pondok itu.

Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya
selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu
dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang
lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut,
begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian,
kerana disangka sebagai orang miskin.

Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari
orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu
ia berkata: "Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku."

Orang yang membagikan roti itu menjawab: "Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan
semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti."

Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang
bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada
orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat
itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang
yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya
selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan
selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama
tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang
dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya,
ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama
tujuh malam itu.

Kepada anaknya Abu Musa berkata: "Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki
sebuku roti itu!"

Thursday, November 25, 2010

HAWA NAFSU



hawa dn nafsu jgn diturut,
merana badan penuh sesalan,
sebelum hanyut baiklah surut,
ingat kembali ke pangkal jalan.

bila nafsu tdk di batas,
ia kn kembang beranak pinak,
ingatlah bahawa kerbau yg lepas,
asal mulanya binatang jinak.

hawa n nafsu tak pernah puas,
ia laksana singa di tambat,
bla dilepas bertambah buas,
akhirnya sukar dapat dihambat.

jgn diturut kehendak nafsu,
hujung jalannya penuh bencana,
ingatlah anda disuatu waktu,
setiap diri akan ditanya.

Wednesday, November 24, 2010

Tiga Soalan


3 soalan....

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan-pertanyaan
saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya
akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai
orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan
kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan
ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.
Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah
berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi
dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah

kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah
jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita
semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan
menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan
untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan
neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Tuesday, November 23, 2010

Tragedi WTC Sept. 11

Tragedi WTC September 11 ada dalam Al-Quran Surah At-Taubah???


Saya mendapat informasi daripada laman web Indonesia yang mengatakan Tragedi September 11 ternyata sudah dituturkan Allah dalam Al-Quran Surah At-Taubah : 109.

" Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orangt-orang yang zalim."

Di situ disebutkan keruntuhan bangunan kerana yang mendirikannya adalah orang-orang yang zalim.

WTC yang runtuh di Kota New York pada 11/9/2001 berada di jalan JERF HAR telah disebutkan pada kalimah "JURUFIN HAR" dalam ayat 109 : At-Taubah yang membawa maksud mengikut tafsir ulama sebgai "ditepi jurang yang runtuh"
ternyata adalah nama sebuah jalan di kota New York tadi, JERF HAR.

Surah At-Taubah terletak pada Juzuk 11 menunjukkan tarikh 11 haribulan kejadian tersebut. Sedangkan angka 9 yang menunjukkan bulan September bersamaan dengan kedudukan Surah At-Taubah pada surah yang ke 9 mengikut urutan surah Al-Quran.

Ayat 109. ternyata jumlah tingkat di WTC ada 109 tingkat.!!!

Kejadian tersebut pada tahun 2001, setelah dihitung-hitung jumlah huruf pada Surah At-Taubah ada
2001 ayat!!! Subhaanallah..

Ternyata Allah telah memberikan khabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia. Inikah mukjizat Al-Quran? Yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang.

Renung-renungkan lah wahai saudara-saudaraku..

Monday, November 22, 2010

Kerana sehelai bulut mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruangyg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."
Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....."
Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"
disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"
Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

Saturday, August 14, 2010

Haiya Ramadhan

Ramadhn telah mnyinggah hidup kita...bulan untuk beribadah dan mengumpulakn segala amalan kebaikan...bersedekah,mmbyr zakat,bertadarus n segala yg related degan kerja2 kebajikan...sebagaimana yg kita tahu dibulan ni seangkatan iblis n syaitan telah dipenjarakan..ttp masih da halangn laen yg mnghalang kita untuk beribadah...iaitu kita sekrg tegah bertarung dgn nafsu kita...nafsu amarah,nafsu makan n minum,.....ambilah peluang di bln yg istimewa ini dgn mmperbnyakkn segala ibadah n cubalah kawal nafsu kita..di bln ini jualah bln untuk mndidik kita supaya lebih mndekatkn diri kita kpd Allah s.w.t..Dekatkan Allah di hatimu kerna Allah sentiasa dekat dgnmu...berdoalah supaya sentiasa di beri hidayah n petunjuk...(^_^)


"Aku mengamati sahabat dan tidak menemukan sahabat yg lebih baik drpd MENJAGA LIDAH. Aku memikirkan ttg semua pakaian,ttp tidak menemui pakaian yg lebih baik drpd TAQWA. Aku merenungkn ttg segala jenis amal yg baik, namun tdk dapat menemukan yg lebih baik drpd MEMBERI NASIHAT BAIK. Aku mencari segala bentuk rezeki,tapi tdk menemukan rezeki yg lebih baik drpd SABAR."
-KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB-

Friday, July 2, 2010

Tangisan Batang Kurma

..Pelikan?? Tapi benar2 terjadi dizmn Rasulullah..Dibatang kurma itulah tmpt bersndar nabi Muhammad s.a.w ketika beliau mnyampaikan khutbah pada ari jumaat...apabila dtg seorg wanita Ansar yg mmpunyai ank sbg tukng kayu igin mmbina sebuah mimbar untuk beliau...Beliau mnerima pelawaan wanita tersebut...pada hari jumaat..nabi duduk d ats mimbar..tiba2 mnjeritlah pohon kurma itu..menngis sperti ank kecil..Rasulullah terus mndkpnya shingga brhnti dn tenang..knpakah pohon itu mnngis????knpa??.....
pohon kurma itu mnangis kerana tdk dpt lg mndgr zikir yg selalu didengarinya...sabda Rsulullah s.a.w.:"Sepotong batang kurma itu menangis jika ia tidak lagi mndengar zikir yg biasa ia dengar" (sahih Bukhari bab An-najjar no.2095 dr hadith Jabir bin Abdillah)

Wednesday, June 23, 2010

JENAKA DEMAM PIALA DUNIA


Dua pasangn sdg brmadu asmara..dinda:kanda kanda, kalo dinda jd bola, kanda mau jd apa???kanda:kanda mesti lah jd penyepak nya..dinda:sampai ati kanda mau menyepak dinda...kanda:mn ada kanda mahu sepak dinda, bola itu laaa..hanya dinda yg kanda kejar kejar hinga msuk ke tiang gol..hahaha;)) dinda:ada benarnya jugak ya...ramai2 yg kejar dinda tp kanda yg dpt..hehehe^.^

Perebutan Harta


tiga adik beradek yg telah kehilangan ibu dan ayah..mrka semuanya sudah besar belaka..arwah si bapa ada meninggalkn wasiat hanya sebuah rumah..hanya itu yg mmpu ditinggalkn kepada anak-anaknya..selang beberapa bulan selepas pemergian bapak mereka...Si abang yg tengah2 itu pun bersuara dan bertanya,"skrg sapa yg pegang umah nih?"Si abang yg sulung,"msti lah abg yg berhak keats umh nih..maka berkelahi mulut lah si abang berdua tuh..TP tetiba Si adik yg bongsu itu puun pergi memegang dinding rumah..dan berkata skrg adik yg pegang umah nih jadi adek laaa yg berhak pegang umah nih...

konklusinya..xbaek begaduh tuk mndptkn harta..harta di dunia hnya sementara..harta yg perlu di bw ke akhirat lebih utama..untuk mngekalkn kekyaan di akhirat...;))

Monday, May 31, 2010

Kekejaman Israel

June 1, 2010

Pembunuhan Terbuka Di Laut Lepas – Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean

KUALA LUMPUR, Mei 31: PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.


“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.
“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun.
Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.
Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.

Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.
Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.

HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.

Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.

http://pbasmkps.blogspot.com/2010/06/kenyataan-haluan-pembunuhan-terbuka-di.html#more

Tuesday, April 6, 2010

BERINGAT-INGATLAH WAHAI UMAT ISLAM

[UNDER MABUK CINTA TERHDP ALLAH]
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia. 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.


Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu." Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung. Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Sunday, April 4, 2010

ala-ala


salam'alaik...cuti nie da2 je keja yg kena bt..nie dh msuk 2 buln ak becuti...rupenye ak dh selesai tugs ak sbg pngasuh smntara..hehee...mcm krenah ank sdara ak nie,...xlrt nk layan..tp lm2 lyn rse best laa..rndu plak..huhuhu...slalu ak ngejek cr dye ckp hehehe..suke.. comel bdk2 ckp..yg pling ak suke dye suke sbut ciknya..mksudnya mk cik punya...lg stu zikir lailahailallah..ank sdra ak sbut lailalaila..knpe jg ank sdra plk???ak jg snbb kak ipar ak lam pntg..dpt ank sdara bru..[Muhammad Fawwaz]..kakak nye Nurul Najah...kakak seorg yg sgt perihatin n syg kt adeknye..Ya Allah..mcm2 cara dye bt nk jg adek hahaha..ayun doi laa..cayang laa..pgang idung,mata n sgala bagai...hahaha..kdg2 tue smpi kena mrh..bdk2 bese la...selalu gak jeles ngn adek sndiri..org laen bri perhatian lbih kt adek...cian dye..tp xpe..cik ada...lg stu..dye nie suke bsenm, belakon n menari,..asl dgr lgu lam iklan yg best jer..bgoyang la bdn..n lagu bdk2 punye...hehehe..tau tk dye suke blakon pa??belakon ckp lam tepon..hahaha mnjadi bebenor...yg lupe plak sal besenam hehehe..dye suke lompat..tp lompat tk terangkat kaki..hahaha,,cute n lawak btul...ok laaa,...smuanye tnggal knangn skrg..xde kt umah dh skrg blik umah mak ngan ayh dye laa..tp xpe...kdg2 dtg umah...emm,,.salam sayang cik kt Najah n nti kita celebrated birthday sma2 ea..

Friday, April 2, 2010

bagunan yg tidak rosak

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu. Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja."Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja. "Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?" "Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka. "Segera katakan apakah itu." Desak raja. "Syurga dan Allah s.w.t. pemiliknya," jawabnya tegas. Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah s.w.t., raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah s.w.t.

Wednesday, March 31, 2010

Gema Perjuangan

Kebenarn tlh drobek-robek
Bagaikan daging yg dmamah dn dratah
Kehidupn sdh hilng
Bagaikn ank khilangn ibu

Pejuang kbnaran dtimpa khinaan dmi khinaan
Kehinaan yg seakn-akn kbatiln dsnjung dn dpuja
Kebatiln seakn-akn kbnrn
Dunia mnjd seakn bputr dpaksinya
Tnpa mngetahui arah yg akn dlalui

Namun,
Sedarlah, kebenaran psti akn trtgak
Dan kbatiln psti akn tumbng
Hasil prjuangn para pejuang Islam
Yang tdk mngenal erti kpnatan, jerih & perit
Mereka berjuang, brjuang dn trus brjuang
Shingga ktitisn darah yg trakhir.

Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!

Saturday, March 27, 2010

WHAT A JOKE??

A blonde walked into a store to buy curtains.

She went up to the salesman and said, "I want those pink curtains to fit my computer screen.

The salesman mentioned, "Computers don't need curtains."

The blonde said, "Hellooo�. I have windows!"

Tuesday, March 23, 2010

Kaedah Mengafaz Ayat2 Al-Quran


Pembacaan kalimah suci lg indah iaitu ayat-ayat al-Quran pasti mnjadi amalan setiap pmbaca.Bg pmbaca yang snggup menghafaz ayat-ayat al-Quran adalah satu bonus untuk pembaca untuk mndpt rahmat dan kelebihan drpd Allah, bahkan memudahkan kita dalam penyampaian dan pengajian.Pasti ramai pmbc dh tringin untuk mnjd hafiz dan hafizah kn?

"Cuti sebulan ini apa yang aku nak buat.Takkan nk biar ms berlalu begitu sj.Lebih baik aku hafal surah al-Baqarah.Aku pn hafal la setiap mlm selepas solat Maghrib. Ramai kwn2 n ustaz serta ustazah bg tips kt aku ulang bc bnyk kali dan fahami mkna ayat-ayt al-Quran akn memudahkan penghafalan.Sesuatu yg aku cari selama ini telah pn ak temui. Pada suatu hari,sedang aku sibuk mengemas bilik,tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatianku.Inilah yang aku cari selama ini,beberapa helaian kertas yg bertulis:kaedah penghafazan ayat2 al-Quran."

1-membaca alfatihah
2-membaca rangkaian ayt2 al-Quran berikut:
بسم الله الرحمن الرحيم
الرّحمن علّم القران خلق الانسان علّمه لبيان الشمس والقمربحسبان وّالنّجم والشّجر يسجدان لاتحرّك به لسانك لتعجل به انّ علينا جمعه وقرانه فاذا قرأنه فاتّبع قرانه ثم علينابيانه بل هو قران مّجيد في لوح مّحفوظ

3-mula menghafaz ayat al-Quran
4-setelah menghafaz baca:
سنقرءك فلا تنسى 3x


Mungkin dgn kaedah ini akn memeberikan lg kemudahan kepadaku untuk menghafaz ayat-ayat suci al-Quran.Setiap perkara dilakukan dgn tertib berserta doa insyAllah success..

Alhamdulillah,dpt feedback baik..thanks kwn2 yg menyokong....Insyallah,,akn cuba update blog nie slalu...

Monday, March 22, 2010

KeNanG@n TeR!nD@h d NiL@i (^_^)





assamualaikum...dgn lafaz bismillah,,selamat bertemu kmbali...
dh lama aku tidak menjeguk blog,ari ni bru berksmpatn.alhamdulilah selesai sudah pengajian ku d matrx Nilai..sudah 2 taun ak menghabiskan ms ku d Nilai bnyk knngn yg terindah n terpahit dlm hidupku..terkenng kmbali ms2 mula aku mula mnjejkkan kaki ke Nilai..hnya berteman kak ipar dan abg ngah bserta air mata yg mngiringi ku spnjg prjlnn..sampai saja n msuk je lam blik sorang pn aku x knal..aku lngsung tk da tmn ms tu..dtg sja nilai bru berlaku jejak kasih dgn kwn2 persekolahan aku dlu,...azriaton,mira,hanis,has,marhanis,shika,syahir,fauzan, pijah n ramai lg bbdak Irshad yg laen...ak ni sombong n snyap sikit dlu...xsuka bg tau owg laen ak kemn...hehe..ttp ngn diorg la ak rapat n selalu blik bersm2..kmi dh jd muka train dah sbb slalu sgt blik naek train,..nk save budget,,murah sikit tiket...hehe..2 taun besmaan 5 sem...ish2 lmkan...tp tk pa demi ilmu, laut yg dalam aku snggup selam...nikan ms dihabiskn tuk ilmu, lngsung xrugi...kwn2 sekelas n seperjuangan; jah(othman)jannah,ku ema,ucu,fuzah,khairana,azizah,shrifah sakinah,limah n adeknya dila,ubai,salam,pai'e n ramai lg...kls ak ni ramai laki xmmpu ak nk tulis semua...mmbtkn kmi semua rpt bila kna presentation hs,..ni berkenaan penginapan ak plak.. tuk tahun pertama aku duk kt blik E-2-6 n tiga sem yg slebihnya d bilik E-2-10...bnyk kngn kt bilik2 nie...tkkn ak lupa...E-26:auni,mira,nadia,hasbi,fatin,lily,mek,nik,timah,nija..E-2-10:kak mira, kak na,shifa,tikaq,ika,shasya,senah,ina,nik,mumtaz,mocan,yati,anith,liyana,dalila,
jieha, n nisa'...salam syg kwn2 ku d nilai,,,..

Saturday, January 9, 2010

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT




Pernah tengok ceta Nur Kasih???lam ceta tue kn da part yg bbdak tnya kt Aidil yg BALASAN org yg tk solat berubah jd bentuk khinzir 0r babi???...(^_^)

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "
Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah
, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1-Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah. 2-Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3-Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.


WAHAI SAUDARA SEISLAM BERINGAT-INGATLAH....YANG HIDUP PASTI MATI,SEGALA AMALAN BAIK MAHUPUN BURUK PASTI AKN DIHITUNG KELAK DI AKHIRAT NANTI....SOLATLAH ANDA SEBELUM ANDA DI SOLATKAN.....BERUBAHLAH SEBELUM TRLAMBAT......

Sunday, January 3, 2010

40 hadith tentang peristiwa ahkir zaman

ISLAM KEMBALI DAGANG
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
H.R. Muslim

Keterangan
Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk. Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam
http://www.scribd.com/doc/8263156/40-Hadith-Tentang-Peristiwa-Akhir-Zaman

Friday, January 1, 2010

Mutiara Kata

Tiada bekal yang lebih utama
daripada taqwa.
Tiada sesuatu yang lebih baik
daripada diam.
Tiada musuh yang lebih
merbahaya daripada kebodohan.
Tiada penyakit yang lebih
parah daripada berbohong

PERINGATAN

PERHATIAN WAHAI UMAT ISLAM!! bila sampai 31 disember, berapa ramaikah yang bersedia meraikan tahun baru?? tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan olehh sheikh al azhar iaitu sheikh tantawi, sheikh yusof al qordawi dan ulama2 kontemporari bahawa menyambut tahun baru beerti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan yahudi dan kristian. bagi mereka yang tidak tahu hukumnya fasiq(dosa besar) dan bagi meraka yang dah tahu hukumnya MURTAD.. jd fikir- fikirkan...