Saturday, November 27, 2010

Hikmah Berdiam Diri

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di
dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan
menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara
sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Hikmah Diam
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud :
* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak
silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka
lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )
* "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".
( Riwayat AT-TARMIZI )
Madah Dari Hukama :
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Friday, November 26, 2010

Kerana Sebuku Roti

Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang
wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: "Wahai anakku, ingatlah kamu
akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti."

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun
beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun.
Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah
dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga
diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari
sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan
suami-isteri.

Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu
ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai
dengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya
sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud
untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan
yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin
dalam pondok itu.

Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya
selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu
dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang
lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut,
begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian,
kerana disangka sebagai orang miskin.

Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari
orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu
ia berkata: "Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku."

Orang yang membagikan roti itu menjawab: "Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan
semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti."

Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang
bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada
orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat
itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang
yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya
selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan
selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama
tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang
dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya,
ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama
tujuh malam itu.

Kepada anaknya Abu Musa berkata: "Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki
sebuku roti itu!"

Thursday, November 25, 2010

HAWA NAFSU



hawa dn nafsu jgn diturut,
merana badan penuh sesalan,
sebelum hanyut baiklah surut,
ingat kembali ke pangkal jalan.

bila nafsu tdk di batas,
ia kn kembang beranak pinak,
ingatlah bahawa kerbau yg lepas,
asal mulanya binatang jinak.

hawa n nafsu tak pernah puas,
ia laksana singa di tambat,
bla dilepas bertambah buas,
akhirnya sukar dapat dihambat.

jgn diturut kehendak nafsu,
hujung jalannya penuh bencana,
ingatlah anda disuatu waktu,
setiap diri akan ditanya.

Wednesday, November 24, 2010

Tiga Soalan


3 soalan....

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan-pertanyaan
saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya
akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai
orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan
kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan
ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.
Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah
berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi
dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah

kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah
jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita
semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan
menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan
untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan
neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Tuesday, November 23, 2010

Tragedi WTC Sept. 11

Tragedi WTC September 11 ada dalam Al-Quran Surah At-Taubah???


Saya mendapat informasi daripada laman web Indonesia yang mengatakan Tragedi September 11 ternyata sudah dituturkan Allah dalam Al-Quran Surah At-Taubah : 109.

" Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orangt-orang yang zalim."

Di situ disebutkan keruntuhan bangunan kerana yang mendirikannya adalah orang-orang yang zalim.

WTC yang runtuh di Kota New York pada 11/9/2001 berada di jalan JERF HAR telah disebutkan pada kalimah "JURUFIN HAR" dalam ayat 109 : At-Taubah yang membawa maksud mengikut tafsir ulama sebgai "ditepi jurang yang runtuh"
ternyata adalah nama sebuah jalan di kota New York tadi, JERF HAR.

Surah At-Taubah terletak pada Juzuk 11 menunjukkan tarikh 11 haribulan kejadian tersebut. Sedangkan angka 9 yang menunjukkan bulan September bersamaan dengan kedudukan Surah At-Taubah pada surah yang ke 9 mengikut urutan surah Al-Quran.

Ayat 109. ternyata jumlah tingkat di WTC ada 109 tingkat.!!!

Kejadian tersebut pada tahun 2001, setelah dihitung-hitung jumlah huruf pada Surah At-Taubah ada
2001 ayat!!! Subhaanallah..

Ternyata Allah telah memberikan khabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia. Inikah mukjizat Al-Quran? Yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang.

Renung-renungkan lah wahai saudara-saudaraku..

Monday, November 22, 2010

Kerana sehelai bulut mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruangyg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."
Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....."
Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"
disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"
Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

Saturday, August 14, 2010

Haiya Ramadhan

Ramadhn telah mnyinggah hidup kita...bulan untuk beribadah dan mengumpulakn segala amalan kebaikan...bersedekah,mmbyr zakat,bertadarus n segala yg related degan kerja2 kebajikan...sebagaimana yg kita tahu dibulan ni seangkatan iblis n syaitan telah dipenjarakan..ttp masih da halangn laen yg mnghalang kita untuk beribadah...iaitu kita sekrg tegah bertarung dgn nafsu kita...nafsu amarah,nafsu makan n minum,.....ambilah peluang di bln yg istimewa ini dgn mmperbnyakkn segala ibadah n cubalah kawal nafsu kita..di bln ini jualah bln untuk mndidik kita supaya lebih mndekatkn diri kita kpd Allah s.w.t..Dekatkan Allah di hatimu kerna Allah sentiasa dekat dgnmu...berdoalah supaya sentiasa di beri hidayah n petunjuk...(^_^)


"Aku mengamati sahabat dan tidak menemukan sahabat yg lebih baik drpd MENJAGA LIDAH. Aku memikirkan ttg semua pakaian,ttp tidak menemui pakaian yg lebih baik drpd TAQWA. Aku merenungkn ttg segala jenis amal yg baik, namun tdk dapat menemukan yg lebih baik drpd MEMBERI NASIHAT BAIK. Aku mencari segala bentuk rezeki,tapi tdk menemukan rezeki yg lebih baik drpd SABAR."
-KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB-